ANKARA, 9 Jan – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan menegaskan projek menghasilkan jet pejuang generasi ke-5 merupakan projek terpenting di negara Mediterranean itu.
Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya menyatakan Turki akan memberi fokus kepada projek Pesawat Tempur Kebangsaan (National Fighter Aircraft).
“Sekarang sudah tiba masanya untuk projek National Fighter Aircraft, salah satu projek penting bagi industri pertahanan Turki,” katanya.
Turki sebelum ini terlibat dalam program penghasilan jet pejuang F-35 Lockheed Martin. Namun, negara itu disingkirkan dari program tersebut oleh Amerika Syarikat berikutan perolehan sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia. – airtimes.my