NUR-SULTAN, 9 Jan – Kerajaan Kazakhstan bertindak menahan beberapa orang pegawai kerajaan atas tuduhan khianat berikutan protes besar-besaran yang berlaku di negara itu pada minggu lalu.
Pada masa yang sama, negara Asia Tengah itu telah menahan bekas ketua keselamatan negara, Karim Massimov.
Penahanan beliau telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Kazakhstan pada Sabtu.
“Massimov dipecat pada minggu lalu semasa protes besar-besaran berlaku di Kazakhstan,
“Beliau merupakan rakan rapat kepada bekas presiden Nursultan Nazarbayev,” lapor media Kazakhstan.
Sementara itu, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menyatakan situasi di Kazakhstan akan kembali pulih.
Beliau menyatakan perkara tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin berhubung penghantaran anggota tentera negara kuasa besar itu ke Kazakhstan. – airtimes.my