PUTRAJAYA, 9 Jan – Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyuarakan sokongan mereka kepada Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di akaun media sosial rasminya, SPRM menyatakan serangan terhadap Azam baki adalah bermotifkan politik.
“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej serta kredibiliti SPRM,
“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus serta saksama,
“Warga SPRM tetap bersatu hati pertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan organisasi demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta,” kata kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya’ Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #SPRM #Semasa