Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Eksesais ANGSA perkasa kesiagaan maritim, udara pertahan kedaulatan negara

Eksesais ANGSA perkasa kesiagaan maritim, udara pertahan kedaulatan negara

by Nurulhuda

SUBANG, 18 Nov – Eksesais Angkasa dan Samudera (ANGSA) siri 13/21 yang dilaksanakan secara bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah bagi memperkasakan kesiagaan maritim, udara serta domain daratan dalam menjaga kedaulatan negara.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, Eksesais ANGSA ini juga telah berjaya mencapai objektifnya dengan mengambil kira perkembangan teknologi, taktik dan keperluan semasa seiring dengan kehendak operasi bersama berdasarkan gambaran senario geopolitik terkini.

Eksesais ANGSA siri 13/21 dengan berkonsepkan Staff Exercise (STAFFEX) pada kali ini telah melabuhkan tirainya selepas 15 hari bermula pada 3 hingga 18 November 2021.

Majlis penutup Eksesais ANGSA Siri 13/21 telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang turut melibatkan 100 orang pegawai dan anggota dari kedua-dua perkhidmatan serta penglibatan dari elemen Tentera Darat Malaysia (TDM).

Jelas TUDM, Eksesais ANGSA merupakan latihan gabungan 2 eksesais iaitu Eksesais Keris Mas (TLDM) dan Eksesais Angkasa Raya (TUDM) yang telah dilaksanakan di Air Warfare Centre (AWC), Pangkalan Udara Subang.

Eksesais ANGSA siri 13/21 melibatkan 100 orang pegawai dan anggota dari kedua-dua perkhidmatan serta penglibatan dari elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) yang telah dilaksanakan di Air Warfare Centre (AWC), Pangkalan Udara Subang.

“Kejayaan besar eksesais pada tahun ini adalah para peserta berjaya mempertingkatkan pengetahuan dan kemampuan dalam menjana konsep Operasi Bersama (Joint Operation) dengan efisien dan efektif,

“Tahap pengetahuan dan kecekapan peserta dalam mengaplikasikan ‘Joint Military Appreciation Process’ (JMAP) sebagai metodologi bagi merancang dan mempertingkatkan melalui ‘tutorial’ serta kaedah ‘mentoring’,

“Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang eksesais ini berlangsung adalah Taklimat Table Top Briefing (TTX), Taklimat CONOP dan Karnival Sukan ANGSA (ANGSA Cup) iaitu penglibatan para peserta di dalam aktiviti sukan golf, bola tampar serta malam akrab,”katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply