Home Semasa Kes fitnah Sultanah Terengganu: Editor Sarawak Report dikehendaki polis

Kes fitnah Sultanah Terengganu: Editor Sarawak Report dikehendaki polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan Editor Sarawak Report, Clare Brown @ Clare Rewcastle-Brown kerana gagal hadir untuk pertuduhan berhubung kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Clare Brown pada 23 September lepas.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah di talian 019-7051223 atau Pegawai Penyiasat kes, Asistan Superintenden Polis (ASP), Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Rewcastle-Brown dikehendaki kerana kegagalan untuk hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 November 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terbabit dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu.

Selain itu menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baginda turut mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi Penasihat TIA. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply