Home Politik Datuk Mohamaddin umum keluar dari Warisan

Datuk Mohamaddin umum keluar dari Warisan

by M.Daim

KOTA KINABALU, 30 Okt – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan beliau keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu sidang media di Kota Kinabalu.

“Saya pada hari ini tidak lagi bersama Warisan. Dengan itu, saya keluar dari Parti Warisan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut menyuarakan sokongan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jelasnya, keputusan dibuat demi memastikan arus pembangunan dapat dikecapi oleh penduduk di kawasan diwakilinya.

Pada masa yang sama, Mohamaddin memutuskan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat untuk sementara waktu.

Mohamaddin Ketapi, 64 tahun pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada tahun 2018-2020. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply