Home SemasaAirbus Malaysia hulur sumbangan bantu KKM perangi COVID-19

Airbus Malaysia hulur sumbangan bantu KKM perangi COVID-19

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Airbus Malaysia telah menghulurkan bantuan peralatan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memerangi COVID-19 di negara ini.

Pihak Airbus dalam satu kenyataan berkata, sumbangan yang diberikan merangkumi BMC H-80A high flow oxygen therapy humidifies, syringe pumps, volumetric infusion pumps, Powered Air-Purifying Respirators (PAPR) P-SH100 serta kerusi roda.

“Peralatan perubatan ini akan diedarkan ke seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Sumbangan disampaikan oleh Anita Zaki, Ketua Bahagian Sumber Manusia Airbus Malaysia kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Mohd Shafiq Abdullah di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 MAEPS Serdang pada Jumaat lalu.

Ketua Airbus Malaysia, Raymond Lim menyatakan sumbagan ini merupakan solidariti dan sokongan pihak syarikat kepada negara dalam memerangi COVID-19.

Airbus dan Malaysia telah menjalinkan hubungan strategik selama 43 tahun semenjak1978.

Selain membekalkan pesawat komersil, Airbus turut memainkan peranan dalam beberapa sektor dalam Malaysia termasuk pertahanan dan angkasa lepas.

Dalam sektor angkasa lepas, Airbus terlibat dalam pembekalan satelit MEASAT-3b pada tahun 2014. Selain daripada itu, syarikat ini dipilih untuk membina MEASAT-3d yang akan dilancarkan pada tahun 2022. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply