Home Semasa Vaksin: Lembah Klang catat 95.7% populasi dewasa lengkap vaksinasi

Vaksin: Lembah Klang catat 95.7% populasi dewasa lengkap vaksinasi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Jawatankuasa Khas Jaminan Aksess Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menyatakan sebanyak 95.7% populasi dewasa di kawasan Lembah Klang lengkap vaksinasi.

JKJAV dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, 70.1% populasi keseluruhan kawasan itu telah lengkap vaksin dan 82.2% telah menerima 1 dos suntikan.

“Seramai 5.9 juta penduduk Lembah Klang telah lengkap divaksin sementara 6.9 juta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos,” katanya.

Peratusan vaksinasi Lembah Klang adalah merangkumi Kuala Lumpur, Putrakaya dan Selangor.

Menurutnya, 15.77 juta penduduk Malaysia telah menerima dos suntikan vaksin secara lengkap iaitu bersama 48.3%. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply