KUALA LUMPUR, 7 Sept – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menyatakan, sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sehingga semalam.
JKJAV dalam satu hantaran di laman sosialnya hari ini berkata, sebanyak 313,751 dos vaksin COVID-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap telah diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 36,745,313 dos.
“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat Isnin,” jelas hantaran itu. -airitmes.my