Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM, Tentera Laut Diraja Australia kongsi kepakaran dan idea dalam Eksesais MASTEX 2021

TLDM, Tentera Laut Diraja Australia kongsi kepakaran dan idea dalam Eksesais MASTEX 2021

by Nurulhuda

LUMUT, 5 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) telah melaksanakan Eksesais Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 bagi memperkukuhkan kerjasama strategik pertahanan maritim di sekitar perairan Selat Melaka, baru-baru ini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut dalam kenyataan berkata, eksesais bilateral tahunan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini telah berlangsung selama 3 hari dan berakhir semalam.

Menurutnya, eksesais tersebut melibatkan 3 buah aset oleh TLDM, iaitu KD LEKIU, KD JEBAT serta helikopter Super Lynx dan 4 buah aset oleh TLDA iaitu HMAS CANBERRA, HMAS ANZAC, helikopter CH47 serta MH-60S dari Australian Maritime Task Group.

Turut serta menjayakan eksesais adalah 2 buah pesawat F/A 18D dan 2 buah pesawat HAWK TUDM.

“Pandemik COVID-19 yang menyelubungi dunia tidak menghalang semangat kerjasama dan diplomasi pertahanan yang sedia utuh terjalin menerusi pelaksanaan Eksesais Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021,

“Eksesais yang telah wujud sejak tahun 2002 ini bertujuan memperkukuhkan interoperability serta kerjasama strategik pertahanan maritim melalui kaedah perkongsian idea dan kepakaran di lapangan,

“Beberapa siri latihan telah direalisasikan meliputi peperangan anti-serangan udara, anti-kapal selam, penembakan sasaran permukaan, manuvra taktikal dan pengoperasian bot,

“Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut,” jelas kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, TLDM menjelaskan, pihaknya akan terus komited memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut sahabat dalam memacu ketersediaan warga untuk melindungi serta mempertahankan kepentingan maritim negara pada sebilang waktu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply