Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais SEACAT 21 perkukuh kerjasama pertahanan TLDM dan Tentera Laut AS

Eksesais SEACAT 21 perkukuh kerjasama pertahanan TLDM dan Tentera Laut AS

by Nurulhuda

LUMUT, 18 Ogos – Eksesais South East Asia Cooperation and Training (SEACAT) 21 yang dilaksanakan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat mampu memperkukuhkan hubungan dinamik kedua-dua negara.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini secara langsung meningkatkan tahap interoperability antara negara dan agensi yang terlibat disamping mengukuhkan jalinan hubungan diplomatik bersama negara-negara sahabat.

Menurutnya, latihan ini juga dapat menguji keupayaan aset pertahanan negara agar sentiasa berada dalam kesiapsiagaan untuk mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Eksesais yang melibatkan aset kapal USS TULSA (LCS-16) dan Kapal SILVER HANA (tanker minyak/kima) bersama pihak Information Fusion Centre (IFC), Singapura ini telah dilaksanakan di sekitar perairan Selat Melaka, mulai 10 hingga 20 Ogos ini.

Eksesais ini telah dilaksanakan secara 2 fasa iaitu melibatkan Seminar Maritime Domain Awareness yang diadakan di Auditorium Zain, PUSTAKMAR dan Auditorium Dato’ Abdul Ghani, Markas Selam dan Peperangan Periuk Api.

Seminar tersebut melibatkan penglibatan 3 buah aset TLDM iaitu KD TERENGGANU, KD KASTURI, KD SRI INDERA SAKTI serta 3 unit naungan Markas Pemerintahan Armada Barat iaitu Markas Udara, KD PANGLIMA HITAM (PASKAL) dan KD DUYONG.

Manakala, latihan fasa kedua yang merupakan fasa laut telah dimulakan pada 14 hingga 20 Ogos 21 di mana KD LAKSAMANA TAN PUSMAH sebagai wakil TLDM bagi siri pelaksanaan latihan menggeledah.

“Beberapa siri latihan lain juga telah dilaksanakan oleh KD Laksamana Tan Pusmah bersama Tentera Laut Amerika Syarikat meliputi operasi membanteras lanun, penyeludupan dan pemerdagangan manusia,

“Eksesais pada kali ini telah mensasarkan fokus terhadap aspek perkongsian maklumat antara Pusat Operasi (PUSOP) dengan menggunakan medium IFC Portal yang mana Pihak IFC di Singapura bertindak sebagai pengantara utama,

“Secara tidak langsung, eksesais ini telah berjaya mencapai objektif utama yang digariskan iaitu bagi memperkasakan kelancaran proses perkongsian maklumat dalam konteks keselamatan maritim di rantau ini khasnya,” jelas TLDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply