KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Barisan Nasional (BN) mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan twitter semalam.
“Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO,
“Dihantar hanya satu nama sebagai calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera. Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” katanya.
Turut mengesahkan perkara ini Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditemui media selepas selesai menghadiri mesyuarat Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn, malam tadi.
Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan dalam surat rasminya berkata, semua Ahli Dewan Rakyat perlu memberikan Surat Akuan (SD) masing-masing selewat-lewatnya hari ini pada pukul 4 petang kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim. – airtimes.my