Dengan peletakan jawatan oleh kerajaan Muhyiddin, Perdana Menteri baharu dan barisan kabinetnya perlu meletakkan usaha membanteras COVID-19 sebagai matlamat utama.
Kejayaan atau kejatuhan kerajaan baharu bergantung kepada hasil mereka untuk menurunkan kadar kes jangkitan baharu, angka pesakit di ICU dam juga kematian. Melantik kepimpinan baharu dalam badan kesihatan merupakan salah satu ujian yang getir kepada Perdana Menteri baharu.
Pertama, Menteri Kanan Kesihatan baharu
Belum pernah dalam sejarah negara bahawa calon menteri kesihatan memberikan kesan langsung kepada hidup atau mati rakyat Malaysia.
Sebelum tahun 2020, portfolio kementerian ini tidak dipandang sebagai satu jawatan yang penting dan mustahak.
Di United Kingdom, gagasan penting negara adalah merangkumi canselor pegawai kewangan, setiausaha negara luar dan setiausaha dalam negeri. Di Malaysia, portfolio penting adalah kementerian kewangan, keselamatan dalam negeri dan pertahanan.
Portfolio pendidikan juga mempunyai kepentingan sendiri dari segi politik.
Di United Kingdom, “pejabat besar negara” adalah canselor pegawai kewangan, setiausaha asing dan setiausaha rumah. Di Malaysia, portfolio yang paling penting adalah kewangan, rumah dan pertahanan. Pendidikan juga merupakan jawatan berat politik.
Di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional, portfolio kementerian kesihatan dilayan umpama satu watak atau peranan kecil. Jawatan ini diberikan kepada parti komponen yang biasanya melibatkan MCA atau MIC. Tokoh besar UMNO pula tidak berminat dengan pegangan jawatan yang mempunyai beban besar dan juga bersifat teknikal.
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila usaha kerajaan pimpinan Muhyiddin dalam memerangi COVID-19 tidak begitu berkesan kerana ianya dipegang oleh Menteri yang tidak menepati standard iaitu Dr Adham Baba. Kesalahan pertama beliau adalah untuk mewar-warkan meminum air suam sebagai langkah pencegahan jangkitan COVID-19. Beliau tidak berupaya untuk bangkit semula dari kesilapan ini.
Bagi menghadapi pandemik ini dan juga sebagai persediaan kepada sistem kesihatan untuk mendepani krisis pada masa hadapan, portfolio kesihatan perlu dilihat sebagai salah satu penjawatan yang mustahak. Tambahan pula, kita mempunyai peningkatan jumlah warga emas dalam masyarakat.
Menteri kesihatan baharu mestilah seorang pemimpin politik yang begitu penting dan berkemahiran. Malah, amat dikenali oleh rakan-rakan kabinetnya sebagai seorang yang berkeyakinan dan mampu untuk menyampaikan atau menerangkan perubahan dasar kesihatan kepada jemaah menteri serta umum.
Kerajaan Muhyiddin pula memperkenalkan penggunaan kluster dalam menyusun polisi sektor keselamatan, ekonomi, pendidikan dan sosial serta pembangunan infrastruktur. Kalau usaha begini diteruskan, portfolio mestilah dimasukkan ke dalam kluster sosial.
Menteri kesihatan perlulah dari seseorang yang boleh mengendalikan usaha vaksinasi. Dibawah kerajaan Perikatan Nasional, Khairy Jamaluddin telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan hal-hal vaksin selepas Adham Baba gagal menguruskan isu ini, yang merupakan isu penting kepada semua lapisan rakyat Malaysia.
Khairy telah melakukan yang terbaik tetapi kekangan utama yang beliau hadapi adalah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan pentadbiran kesihatan.

Vaksin COVID-19 diuruskan dengan baik oleh Khairy Jamaluddin setelah ianya gagal diselia oleh Adham Baba.
Kita perlu melakukan reformasi dalam sistem kesihatan negara selepas menghadapi COVID-19. Pandemik ini telah mendedahkan pelbagai kelemahan yang perlu diatasi dengan kepimpinan yang kaliber, kehendak politik dan visi untuk membangunkan semula sistem.
Menteri kesihatan baharu perlulah mampu untuk mengembangkan pilihan polisi kesihatan kepada negara pada masa hadapan.
Ini termasuklah pembiayaan kesihatan, pengumpulan data dan analisis penjagaan kesihatan. Selain daripada itu, ia merangkumi pengurusan jangkitan wabak baharu di masa hadapan dan sebagainya.

Kadar saringan COVID-19 perlu dipertingkatkan.
Kedua, lantik Ketua Pengarah Kesihatan Baharu
Dalam beberapa bula pertama ketika negara dilanda COVID-19, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mula dilihat sebagai wira negara. Namun, rakyat mula mempersoalkan kredibiliti beliau setelah gagal untuk menguruskan kepulangan individu dari Sabah semasa kempen pilihanraya September 2020.
Sudah tentu kita perlu berterima kasih kepada beliau namun Noor Hisham telah membuat beberapa kesilapan yang telah memberikan kesan yang amat besar.
Kelewatan untuk meluluskan vaksin oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan kit ujian oleh Medical Device Authority (MDA) adalah berkait rapat dengan beliau. Tambahan pula, Ketua Pengarah Kesihatan memainkan peranan untuk menjaga kedua-dua entiti ini.
Sebenarnya, kedua-dua entiti ini tidak perlu diletakkan sebagai salah satu bidang tugas Ketua Pengarah Kesihatan kerana sistem kesihatan awam merupakan pembeli terbesar ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan. Terdapat kemungkinan berlaku konflik kepentingan dalam perkara ini.
Kedua-dua badan ini perlu dijalankan secara telus oleh barisan kepimpinan yang dipilih dan diletakkan di bawah tanggungjawab menteri kesihatan untuk dibawa ke Dewan Rakyat.
Sementara itu, desakan Noor Hisham untuk menggunakan ujian PCR (standard utama, tetapi memakan masa) dan enggan untuk menggunakan RTK antigen telah memberikan kesan yang jelas dengan memperlahankan kadar saringan kesihatan.
Sehingga kini, kadar saringan di negara ini adalah rendah. Kita perlu melakukan saringan sekurang-kurangnya 300 ribu orang atau 1% daripada populasi sehari.
Kebergantungan kepada lockdown untuk memerangi COVID-19 – resipi utama Noor Hisham – telah menyebabkan kesan negatif yang besar kepada ekonomi.
Keengganan untuk berkongsi data kepada kerajaan negeri termasuk Selangor, menggunakan corak pengurusan bersandarkan serta berpusat kepada menteri dan tidak menyeluruh, kecenderungan untuk menolak peranan pengamal perubatan dan hospital swasta dalam usaha memerangi COVID-19 merupakan antara kesilapan yang perlu diatasi oleh Pengarah Kesihatan baharu nanti.

Kemahiran dikalangan penjawat awam perlu dipertingkatkan.
Ketiga, memperkukuhkan perkhidmatan perubatan umum
Kementerian kesihatan adalah terdiri daripada bahagia, perkhidmatan kesihatan dan perubatan awam diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Bahagian ini diisi oleh pengamal perubatan profesional.
Bahagian kedua, perkhidmatan awam pula diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan ianya diisi secara bergilir oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
Struktur ini adalah hampir sama dengan Kementerian Pertahanan, yang terbahagi kepada dua, Angkatan Tentera Malaysia di ketuai oleh Panglima Angkatan Tentera, dan bahagian pentadbiran am diketuai oleh Ketua Setiausaha.
Seorang PTD boleh ditugaskan dari satu kementerian ke kementerian lain, dari pertanian ke kesihatan seterusnya pertahanan, dan dari peringkat persekutuan ke negeri. PTD yang berkemahiran sudah tentu tahu biasa dengan undang-undang dan mempunyai rangkaian hubungan yang meluas dalam struktur kerajaan.
Dengan menggunakan sistem ini, Malaysia dilihat lebih mengikut jejak India berbanding United Kingdom. Terdapat pegawai berjaya meningkatkan dan mengembangkan kemahiran mereka melalui pengajian tinggi. Namun, kebanyakan PTD melihat diri mereka sebagai seorang pentadbir tetapi tidak menguasai kemahiran penting dalam penugasan yang diberikan kepada mereka.
Sistem Westminster menekankan keperluan menteri adalah seorang pemimpin. Tetapi diperingkat kementeria, Ketua Setiausaha juga adalah pemimpin atau ketua. Seluruh perkhidmatan awam, baik di kesihatan atau pertahanan, bukan sahaja mempunyai kemahiran untuk mentadbir tetapi turut memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang mereka. Sebagai contoh peralatan perubatan (kesihatan) atau persenjataan (pertahanan).
Sememangnya pelaksanaan PTD secara bergiliri dari satu kementerian ke satu kementerian mempunyai kelebihan tersendiri. Akan tetapi, pegawai diperingkat pertengahan dengan kemahiran tertentu perlu dibentuk dan dikekalkan lebih lama dalam satu-satu kementerian atau kluster bahagian dasar.
Kita perlu mencari jalan untuk membentuk kemahiran dan pengkhususan di kalangan penjwat awam. Kementerian kesihatan sudah tentu merupakan tempat yang pertama untuk berbuat demikian. Ini dengan melihat kepentingan kesihatan umum pada masa kini dan akan datang.
Secara rumusan, pelantikan Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan baharu akan membawa idea baharu serta pembinaan daya kemahiran baharu dikalangan penjawat awam yang terlibat. Ini sekaligus akan menentukan sama ada kerajaan baharu adalah berupaya dalam memerangi COVID-19 serta sektor perubatan awam secara keseluruhan. – airtimes.my
Liew Chin Tong merupakan bekas Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Penulisan asal beliau boleh diikuti di pautan ini.