Home Semasa Polis Marin tahan 4 lelaki salah guna dadah di Kudat

Polis Marin tahan 4 lelaki salah guna dadah di Kudat

by Air Times News Network

KUDAT, 21 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan 4 lelaki berumur 19 hingga 42 tahun dalam serbuan berasingan di kawasan jalan Perapat Limau-limauan, Kudat, malam kelmarin.

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Kudat ASP Cyril Douglas, tangkapan dibuat hasil risikan dan pemantauan sehingga pasukan berjaya mengesan sebuah kenderaan yang dinaiki 3 lelaki dewasa di kawasan jalan Perapat Limau-limauan.

“Hasil pemeriksaan kesemua individu mendapati telah menjumpai sejumlah dadah yang disyaki jenis syabu dalam milikanya,

“Sisatan lanjut dijalankan keatas 3 lelaki tersebut telah membawa kepada serbuan seterusnya di sebuah rumah tidak beralamat,

“Hasil serbuan mendapati rumah tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan sejumlah ndadah jenis syabu dalam milikanya,”katanya.

Tambah Cyril Douglas, nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 57,180.00. Kes disiasat dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply