Home Semasa COVID-19: Kes positif melonjak kepada 7,654 hari ini

COVID-19: Kes positif melonjak kepada 7,654 hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Jul – Kes baharu positif COVID-19 di negara terus menunjukkan peningkatan hari ini, dimana ia melonjak melepasi angka 7,000 dengan mencatatkan 7,654 kes jangkitan hari ini.

Kali terakhir kes positif harian mencecah angka 7,000 adalah pada 5 Jun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, angka terbaharu itu hari ini menjadikan jumlah kumulatif ialah 792,693 kes.

Selangor terus kekal mencatat kes harian jangkitan tertinggi dengan 3,260 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,550) dan Negeri Sembilan (698).

Selain itu, Kedah (337); Johor (313); Sarawak (286); Melaka (230); Sabah (225); Pulau Pinang (185); Pahang (180); Kelantan (118); Perak (94); Labuan (82); Terengganu (61); Putrajaya (33); dan Perlis (2).

Semalam, jumlah kes harian yang direkodkan adalah 6,387 kes dengan 77 kematian dicatatkan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply