Home Semasa COVID-19: 1 juta dos vaksin Pfizer sumbangan AS selamat tiba di Malaysia

COVID-19: 1 juta dos vaksin Pfizer sumbangan AS selamat tiba di Malaysia

by Air Times News Network

SUBANG, 5 Jul – Pesawat Raya Airways TH384 yang membawa 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech selamat tiba di Kompelks Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada jam 8.10 pagi, tadi.

Vaksin Pfizer adalah sumpangan dari kerajaan Amerika Syarikat (AS) kepada Malaysia.

Ketibaan pesawat tersebut disambut, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters.

Hishamuddin menerusi hantaran di media sosialnya mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya, Antony Blinken serta kerajaan AS.

Beliau berkata, Malaysia terutama Wisma Putra sangat hargai keprihatinan ini.

“Semoga hubungan erat Malaysia dan AS terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran COVID-19,” katanya.

Manakala Khairy menerusi hantaran di media sosialnya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan AS atas sumbangan 1 juta dos Pfizer yang tiba pagi ini.

Tambahnya, Malaysia akan menerima 5.4 juta dos Pfizer lagi pada Julai ini sebagai sebahagian daripada perolehan Malaysia sendiri.

Perolehan bekalan vaksin ini adalah sumbangan kedua negara luar kepada Malaysia, sebelum ini Malaysia telah menerima 1 juta dos vaksin AstraZeneca dari kerajaan Jepun pada Khamis lepas. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply