Home Ekonomi Think globally, act locally: Serba Dinamik tabur jasa kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa

Think globally, act locally: Serba Dinamik tabur jasa kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa

by M.Daim

Corporate Social Responsibility (CSR) atau tanggungjawab sosial korporat merupakan satu istilah yang tidak asing bagi kita semua.

CSR ditakrifkan sebagai komitmen sesebuah organisasi erhadap masyarakat. Komitmen ini dilakukan dengan tujuan meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak termasuklah pekerja dan keluarga, komunit serta persekitaran.

Serba Dinamik Holding Berhad (Serba Dinamik) tidak ketinggalan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia.

Pada 1 Julai lalu, Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Ir Mohd Abdul Karim Abdullah menyatakan pihaknya telah memperuntukkan RM2.13juta sebagai perbelanjaan CSR. Difahamkan, program ini dilaksanakan oleh pasukan khas yang ditubuhkan iaitu Serba Care.

Menurut Mohd Abdul Karim, program CSR tersebut akan memberikan tumpuan khas kepada bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan semantik am.

Program ini telah pun bermula pada Jun lalu dan berakhir pada Disember ini. Selain daripada itu, program ini disasarkan kepada 6 negeri iaitu Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, Terengganu dan Melaka.

‘Perkhidmatan Jalur Lebar di Masjid Tanah’

Di Melaka, Bahagian Teknologi Angkasa Serba Dinamik akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar di beberapa kawasan di Masjid Tanah.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dalam akaun media sosial rasmi beliau menyatakan pihak Serba Dinamik telah turun padang dan melihat sendiri tahap capaian internet di Paya Lebar.

“Dalam pertemuan saya bersama wakil syarikat Serba Dinamik, syarikat bumiputera bertaraf global, saya bangkitkan mengenai isu dan keperluan kesalinghubungan jalur lebar di kawasan Masjid Tanah,

“Fasa pertama ni, rumah-rumah di Paya Lebar yang berada dalam radius jangkauan akan menerima wifi percuma selama 6 bulan,” kata Mas Ermieyati.

Tambahnya, perkhidmatan jalur lebar dan mudah alih akan di naik taraf secara berperingkat sehingga hujung 2021.

Menurut Mas Ermieyati, beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk pemasangan peranti bagi menjayakan inisiatif tersebut.

‘CSR Secara Global’

Sesuai dengan cogankata ‘Think globally, act locally” yang menunjukkan tahap imej Serba Dinamik di peringkat tempatan dan global, Serba Dinamik turut melaksanakan CSR di peringkat antarabangsa.

Pada tahun lalu, Serba Dinamik turut melaksanakan kempen Serba Care di peringkat global.

Sebagai contoh, Serba Dinamik telah membantu penduduk Guinea dan Senegal dalam menghadapi ancaman COVID-19 dengan memberikan sebanyak 20 ribu peralatan pelindungan diri (PPE).

Selain daripada itu, Serba Dinamik turut menghantar bekalan ubat-ubatan, pelitup muka dan termometer dengan jumlah keseluruhan hampir RM 1 juta. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply