Home Semasa Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM mula terima pesakit COVID-19

Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM mula terima pesakit COVID-19

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mula menerima pesakit COVID-19 bermula Jumaat.

Beliau menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pengambilmilikan sementara hospital itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

“Pengambilmilikan sementara ini bagi membantu KKM meningkatkan kapasiti rawatan COVID-19 di sekitar Lembah Klang,

“Hospital ini menerima rujukan hanya dari Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu Wilayah Tengah yang berperanan mengkordinasi pergerakan dan penempatan pesakit di Selangor dan Kuala Lumpur,

“Setakat pagi ini (Sabtu), terdapat 14 pesakit dengan gejala serius sudah dimasukkan ke hospital ini termasuk seorang di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata HPKK UKM merupakan hospital yang baru siap dibina dan kali pertama hospital tersebut menerima pesakit. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply