Home Semasa PMO arah guna nama Mahiaddin dalam urusan, dokumen rasmi

PMO arah guna nama Mahiaddin dalam urusan, dokumen rasmi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Semua urusan dan dokumen rasmi berkaitan Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama asalnya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md Yasin, bukan lagi Muhyiddin Yassin.

Menurut satu memo dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) menetapkan urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan akan menggunakan nama rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Memo perhubungan bertarikh 3 Jun 2021 ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan ditujukan kepada semua pegawai serta kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

“Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi perdana menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin,

“Sehubungan itu, semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan yang memerlukan penggunaan dan tandatangan atas nama Perdana Menteri hendaklah menggunakan nama rasmi Perdana Menteri seperti di atas,

“Arahan ini berkuat kuasa serta merta,”menurut memo tersebut. -airtimes.my

 

Memo dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang menyatakan penggunaan nama Mahiaddin Md Yassin untuk Perdana Menteri.

Related Articles

Leave a Reply