Home Semasa Presiden MCA pula masuk Istana Negara

Presiden MCA pula masuk Istana Negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hadir ke Istana Negara melalui Pintu 2 kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Ka Siong merupakan pemimpin parti politik yang kedua menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Beliau yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih dilihat beredar meninggalkan istana pada jam 12.50 tengah hari.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.20 pagi dan keluar dari Istana pada jam 11.35 pagi.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka.

Difahamkan, Presiden Penaja Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 2.30 petang, manakala Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula dijangka tiba 3.30 petang. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply