Home Semasa Tun Mahathir selesai menghadap Agong

Tun Mahathir selesai menghadap Agong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Pengerusi Penaja Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Istana Negara pada pukul 3 petang selepas sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Beliau dilihat menaiki kenderaan jenis Proton X70 terus melalui Pintu 2 keluar dari perkarangan Istana Negara sambil melambai tangan kepada petugas media yang menunggu dari pagi tadi.

Difahamkan Dr Mahathir akan mengadakan satu sidang akhbar dalam talian sebaik sahaja selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.30 petang.

Dr Mahathir merupakan wakil pemimpin parti politik ketiga yang menghadap yang di-Pertuan Agong selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong pagi tadi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply