Home SemasaKerajaan kaji kenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin

Kerajaan kaji kenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin

by Bernama
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana MenteriĀ  berkata kerajaan juga telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

ā€œKalau ikut perancangan kita, saya harap kita dapat percepat vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

ā€œKita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan manakala sebahagian lagi tidak dapat, kerana ini akan membawa kesan,ā€ katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply