Home Semasa APMM rekod 37 kes kapal bersauh tanpa kebenaran sejak Mac

APMM rekod 37 kes kapal bersauh tanpa kebenaran sejak Mac

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 24 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor berjaya menahan 37 buah kapal atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran menerusi Op Jangkar Haram di perairan Johor Timur, sejak 24 Mac lalu.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 55 buah kapal pelbagai jenis dan berdaftar dari beberapa negara termasuk Malaysia telah ditahan bermula Januari 2021.

“Dua orang kru bagi setiap kapal yang ditahan akan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk disiasat kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia,

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Tambahnya, semua kapal yang ingin bersauh dalam perairan Malaysia perlulah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu kelulusan dari Pengarah Laut Malaysia.

“APMM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas demi kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan di perairan negara khususnya perairan Johor,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply