Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM agih 295 vials vaksin COVID-19 kepada anggota di Sibu, Bintulu dan Miri

ATM agih 295 vials vaksin COVID-19 kepada anggota di Sibu, Bintulu dan Miri

by Air Times News Network

KUCHING, 12 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula mengagihkan 295 vials vaksin COVID-19 untuk kegunaan anggota tentera yang bertugas di Sibu, Bintulu dan Miri, hari ini.

Sel Perhubungan Raya, Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, Program Imunisasi COVID-19 Tentera Darat Peringkat 1 Div akan dilakukan di 6 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu 801 Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 11 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), PPAT 13 RAMD, 803 RSAT, PPAT 3 RRD dan PPAT 20 RAMD.

“Sebanyak 171 vials vaksin bagi 1,026 penerima telah diserahkan kepada Kapt (Dr) Awangku Zulhilmi Awangku Ibrahim di Sibu, 43 vials vaksin bagi 258 penerima diserahkan kepada Kapt (Dr) Dzulhareez Husin di Bintulu,

“Manakala 81 vials vaksin untuk 486 penerima diserahkan kepada Lt M (Dr) Atiff Abd Aziz dari PPAT 20 RAMD di Miri,” katanya.

Proses pengagihan vaksin Comirnaty dari Pfizer BioNtech pada hari ini diketuai oleh Kapten Amirah Khan menggunakan pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuching menuju ke Sibu, Bintulu dan Miri.

Selain itu, pihaknya berkata ATM akan terus komited menjayakan Program Vaksinasi COVID-19 Peringkat ATM serta akan terus berusaha bagi memastikan pengagihan vaksin sampai kepada semua anggota mengikut masa yang ditetapkan.– airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply