Home Pertahanan dan Keselamatan Tekong tempatan bawa 10 PATI Indonesia di cekup

Tekong tempatan bawa 10 PATI Indonesia di cekup

by Nurulhuda

SERIAN, 12 Mac – Hasrat seorang tekong warga tempatan untuk menyeludup 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak warga Indonesia musnah, apabila ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, pada Rabu.

Komander PGA Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mancha Ata berkata, kesemua PATI termasuk tekong ditahan oleh anggota pasukannya dalam Operasi Benteng (Op Benteng) yang menahan sebuah van yang mencurigakan di tepi jalan Kampung Tesu Kura, Tebedu.

“Pemeriksaan di dalam van itu mendapati lelaki tempatan disyaki sebagai tekong membawa 6 lelaki, seorang kanak-kanak dan 3 wanita warganegara Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur antara 8 hingga 33 tahun itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan lanjut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply