Home Pertahanan dan Keselamatan 35 PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

35 PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Seramai 35 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19 di negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi tersebut juga merampas 5 buah kenderaan darat.

“Dalam operasi tersebut juga, pihak berkuasa turut mengesan 86 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan,” katanya dalan kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Melalui Op Benteng semalam juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 264 Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA sebanyak 208 SJR, Op Benteng PDRM (47 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” tambahnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 369 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Daripada jumlah itu, 330 dikompaun, 37 direman manakala 2 lagi telah dijamin,

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk aktiviti pusat hiburan (155); gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (77); tidak memakai pelitup muka (39); tiada penjarakan fizikal (34); rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (29); premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (20) dan lain-lain kesalahan (15),” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply