Home Semasa PKPD di Felda Jengka 1, 2, 7 dan Felda Ulu Jempol ditamatkan lebih awal

PKPD di Felda Jengka 1, 2, 7 dan Felda Ulu Jempol ditamatkan lebih awal

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang yang bermula 2 Mac akan ditamatkan hari ini lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan.

Sebelum ini kerajaan telah memutuskan empat lokaliti itu dikenakan PKPD selama 14 hari hingga 15 Mac ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 471 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif hanya satu kes telah dilaporkan yang melibatkan lokaliti tersebut.

“KKM mengesahkan kes positif hanya dikesan dalam Felda Ulu Jempol dan semua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenalpasti, disampel dan diasingkan,

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang pada 8 Mac 2021 lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan perkembangan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 3,629 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19, daripada jumlah itu, 56 orang didapati positif COVID-19, semalam.

“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 589,220 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 30,800 majikan,

“Daripada jumlah itu, seramai 9,381 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 579,839 lagi adalah negatif,

“Sehingga kini, sebanyak 1,513 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini. Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan COVID-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply