Home Semasa COVID-19: 3,384 jangkitan baharu, 13 kematian

COVID-19: 3,384 jangkitan baharu, 13 kematian

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Sebanyak 3,384 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu bertambah kepada 254,988 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka jangkitan harian terbaharu itu melibatkan 15 kes import dan 3,369 kes penularan tempatan.

Pada masa yang sama, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes akktif dengan kadar kebolehjangkitan adalah sebanyak 51,783 kes.

Selain itu, kes sembuh daripada COVID-19 dilaporkan sebanyak 3,774 kes, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 202,269 kes.

“Negeri Selangor terus mencatat kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,082 kes. Ini diikuti Johor sebanyak 777 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seramai 259 pesakit COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 122 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, terdapat 13 kematian hari ini direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 936 kes.

“KKM melaporkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja, 2 kluster melibatkan komuniti dan masing-masing 1 kluster tahanan serta kumpulan berisiko tinggi,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply