Home Semasa COVID-19: 14 kematian, Selangor terus catat kes harian tertinggi

COVID-19: 14 kematian, Selangor terus catat kes harian tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Sebanyak 3,288 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu bertambah kepada 251,604 kes.

Pada masa yang sama, kadar kebolehjangkitan bertambah kepada 52,186 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka jangkitan harian terbaharu itu melibatkan 5 kes import dan 3,283 kes penularan tempatan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes. Daripada jumlah itu sebanyak 1,552 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 408 kes dan Johor sebanyak 369 kes,

“Sebanyak 63 kes yang dilaporkan hari ini berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 1,929 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 198,495 kes.

Sementara itu, seramai 285 pesakit COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 131 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, terdapat 14 kematian hari ini direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 923 kes.

“Kes kematian membabitkan 5 kes di Selangor, Sabah (4 kes), Johor (2 kes), dan masing-masing satu kes di Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, KKM melaporkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 7 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply