Home Semasa COVID-19: Kos Saringan RT-PCR berpatutan, bukannya mahal – Pengerusi MCCF

COVID-19: Kos Saringan RT-PCR berpatutan, bukannya mahal – Pengerusi MCCF

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) hari ini menegaskan semua pihak termasuk agensi kerajaan, hospital dan klinik swasta untuk berganding bahu dalam melaksanakan saringan RT-PCR kepada masyarakat di negara ini.

Pengerusi MCCF, Datuk Halim Ishak menjelaskan, kaedah saringan RT-PCR adalah tepat dan cepat walaupun kosnya lebih mahal berbanding RTK-Antigen.

Beliau menambah, ini menjadi faktor utama MCCF mengenakan bayaran purata RM220 bagi ujian saringan secara berkelompok.

“Ini bukanlah masa untuk mengaut keuntungan,

“Apa yang lebih penting adalah semua pihak termasuk agensi kerajaan, hospital dan klinik swasta serta NGO berganding bahu membuat saringan RT-PCR kepada semua komuniti masyarakat,

“Ianya dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia segera mengesan dan memantau penularan pesakit yang positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyangkal dakwaan Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh yang mengatakan bahawa kos saringan secara RT-PCR sukar diturunkan oleh pengamal hospital dan klinik swasta.

Selain itu, Halim menyarankan agar pihak kerajaan menguatkuasakan Akta 342 (Pengawalan Penyakit Berjangkit) dengan mengambil tindakan tegas ke atas majikan yang tidak melaksanakan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerjanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply