Home Semasa COVID-19: 4,214 kes baharu, 10 kematian direkodkan

COVID-19: 4,214 kes baharu, 10 kematian direkodkan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 4,214 kes baharu COVID-19 dikesan dalam masa 24 jam dengan 10 kematian direkodkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan penularan dalam negara adalah 219,173 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 48,074 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,205 kes penularan tempatan dan 9 kes import.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham mengesahkan, terdapat 4,280 kes sembuh sepenuhnya dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 170,329 kes.

Sehingga hari ini, sebanyak 316 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 137 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, negeri Selangor masih merekodkan pertambahan kes harian tertinggi sebanyak 1,362 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu adalah 69,296 kes.

Ini diikuti oleh negeri Johor sebanyak 1,068 dan Kuala Lumpur sebanyak 702 kes.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 14 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 9 kluster berkaitan tempat kerja, 3 kluster libatkan kumpulan berisiko, dan 2 kluster komuniti.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Puchong (322 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Chulan (85 kes), dan Kluster Tembok Taiping (81 kes),” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply