Home Semasa Anonymous Malaysia dakwa mula serang laman sesawang kerajaan

Anonymous Malaysia dakwa mula serang laman sesawang kerajaan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Penggodam yang dikenali Anonymous Malaysia mula melakukan serangan di beberapa laman sesawang milik kerajaan tengah malam tadi.

Anonymous Malaysia menerusi Facebooknya mendakwa telah mula menggodam portal kerajaan Negeri Sabah dan Perak.

Turut diserang Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Salam Malaysia, pasukan Cyberpunk telah memulakan pesta #OpsWakeUp21,” menerusi hantaran tersebut.

Sebelum ini, Anonymous Malaysia telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia akan melancarkan serangan siber terhadap laman web milik kerajaan dalam masa terdekat menerusi kempen #OpWakeUp21.

Pada 26 Januari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah perlu bagi membendung ancaman Anonymous Malaysia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply