Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut NTF pintas bot bawa PATI Indonesia, usir keluar dari perairan negara

NTF pintas bot bawa PATI Indonesia, usir keluar dari perairan negara

by Nurulhuda

SELANGOR, 31 Jan – Komponen maritim di bawah National Task Force (NTF) telah mengusir bot tongkang disyaki membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menceroboh masuk ke perairan negara, awal pagi tadi.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan memaklumkan, pengusiran itu dibuat oleh anggota bot RHIB R 2007 milik TLDM, bot RH 10 dan bot Seahawk milik Pasukan Polis Marin (PPM) serta bot Penggalang 41 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melaksanakan Operasi Benteng di kira-kira 4 batu nautika Tenggara Pulau Angsa.

“Ketiga-tiga agensi terlibat telah mengesan dan seterusnya melakukan pemeriksaan terhadap bot tokang tersebut,

“Hasil daripada pemeriksaan, didapati seramai 25 PATI cuba membolosi perairan negara dan mengambil tindakan mengusir bot tongkang tersebut keluar dari perairan negara,

“Bot RHIB R 2007 milik TLDM telah mengiringi dan mengusir bot tongkang Indonesia itu hingga keluar dari perairan negara,”kata pihak TLDM.

Menurut TLDM, pihaknya akan sentiasa memperkasakan Op Benteng melalui kerjasama pelbagai agensi bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi PATI.

“Kehadiran pelbagai aset keselamatan di laut yang beroperasi 24 jam sehari adalah bagi mengekang kemasukan PATI dan mencegah penularan pandemik COVID-19,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply