Home Semasa Daerah Song dan Kapit di Sarawak dikenakan PKP mulai 2 Februari ini

Daerah Song dan Kapit di Sarawak dikenakan PKP mulai 2 Februari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Kerjaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Song dan Kapit di Sarawak selama 14 hari bermula 2 sehingga 15 Februari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP di kawasan tersebut kerana peningkatan kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari dengan kadar keberjangkitan yang tinggi.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini turut melaporkan situasi kes COVID-19 di Daerah Song dan Daerah Kapit, Bahagian Kapit, Sarawak,

“KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di Daerah Song yang sebelumnya merupakan Zon Hijau dengan 93 kes telah direkodkan. Manakala di Daerah Kapit, kes telah meningkat dari tiada kes kepada 31 kes positif,

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Song dan Daerah Kapit, Bahagian Kapit, Sarawak selama 14 hari bermula 2 sehingga 15 Februari 2021,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan PKP, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) PKP dikawasan tersebut sama seperti yang diumumkan sebelum ini. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!