Home Semasa COVID-19: Kes harian masih melebihi paras 5 ribu

COVID-19: Kes harian masih melebihi paras 5 ribu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi paras 5 ribu untuk 3 hari berturut-turut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan jumlah kes harian COVID-19 adalah sebanyak 5,298 kes.

Dari angka tersebut, sebanyak 5,295 kes melibatkan penularan tempatan manakala 3 kes import.

Saluran Telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) menunjukkan Selangor dan Johor mencatatkan kes baharu sebanyak 4 angka.

Selangor mencatatkan 2,460 kes, Johor 1,020 dan Kuala Lumpur mencatatkan 783 kes baharu.

“Jumlah pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi adalah seramai 313 orang dan 127 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,

“Sebanyak 14 kes kematian dicatatkan dan seramai 4,522 pesakit disahkan sembuh,” kata MKN.

Sehingga hari ini, jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini adalah 214,959 dengan 166,049 disahkan sembuh.

Seramai 760 pesakit disahkan maut akibat wabak itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply