Home Semasa Op Benteng: 76 PATI, 2 Tekong ditahan semalam

Op Benteng: 76 PATI, 2 Tekong ditahan semalam

by Jassmadi Jakariya

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong ditahan serta 8 buah kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan juga telah melaksanakan sebanyak 112 sekatan jalan raya (SJR) diseluruh negara.

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 112 SJR, Op Benteng PDRM (61) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 236 individu telah dikompaun, manakala 10 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk melakukan aktiviti pusat hiburan (91), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (84), mematuhi arahan penjarakan fizikal (23), tidak memakai pelitup muka (44), dan lain-lain (4),” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply