Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 3 PATI Indonesia termasuk seorang bayi diusir pulang

Op Benteng: 3 PATI Indonesia termasuk seorang bayi diusir pulang

by Nurul Aini

SABAH, 26 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mengusir 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang bayi warga Indonesia menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan am Serudong, Tawau, Sabah, semalam.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dalam kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku di sektor Op Benteng kawasan tanggungjawap  Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged).

“Kumpulan SERKAP berjaya menemukan 3 PATI terdiri daripada 2 lelaki dan seorang wanita bersama seorang bayi berusia 7 bulan yang sedang mengahampiri sempadan Indonesia semalam,

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kesemua PATI tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berusia antara 48 hingga 38 tahun dan telah menetap di negara ini sejak awal tahun bagi mendapatkan peluang pekerjaan di sektor peladangan,

“Manakala hasil siasatan yang dilakukan mendapati peluang pekerjaan yang terhad berikutan daripada penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan 3 PATI bercadang untuk pulang ke negara asal di Indonesia,

“Kesemua PATI telah diusir keluar dari Malaysia dengan diiringi kumpulan SERKAP ke sempadan Indonesia,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kalbakan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Panglima 5 Briged, Brig Jen Zambery Jefry Darus turut menegaskan pasukan yang sedang melaksanakan Operasi akan terus memperketatkan kawalan di sempadan daratan bagi memastikan Op Benteng dapat diperkukuhkan dari aktiviti PATI dan lain -lain.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply