Home Semasa PKPB Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah dilanjutkan

PKPB Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah dilanjutkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain hingga 31 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua kawasan terlibat.

Pelaksanaan PKPB di 3 wilayah berkenaan sebelum ini dijadualkan tamat pada 20 Disember 2020.

“Di Selangor, kerajaan setuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh negeri itu kecuali di Sabak Bernam, Hulu selangor dan Kuala Selangor yang kembali diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Manakala di Kuala Lumpur dan Sabah, KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes positif COVID-19 terutamanya dalam kalangan bukan warganegara (BWN) hasil ujian saringan di tempat kerja dan wujud beberapa kluster baharu yang melibatkan wilayah ini,” katanya dalam sidang media khas mengenai perkembangan pelaksanaan PKPP, pada hari ini.

Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Ipoh dan Chemor di Perak; Seremban dan Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai (Johor). –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?