Home Semasa PKPB: Peniaga kini boleh beroperasi sehingga jam 12 tengah malam

PKPB: Peniaga kini boleh beroperasi sehingga jam 12 tengah malam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Semua kedai makan, kedai serbaneka, kedai runcit dan stesen minyak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan beroperasi hingga jam 12 tengah malam, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat susulan daripada aduan peniaga yang terpaksa memendekkan waktu operasi mereka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Selain itu beliau berkata, kerajaan juga mendengar kesukaran orang ramai untuk membeli makanan atau barangan keperluan kerana semua kedai terpaksa ditutup pada jam 10 malam.

“Kita mendengar aduan daripada peniaga, persatuan peniaga dan sebagainya malah kami juga mendengar keluharan orang ramai mengenai SOP yang meminta waktu operasi kedai sehingga jam 10 malam sahaja,

“Ini kerana ramai yang keluar pada waktu malam untuk makan dan sebagainya. Orang Islam contohnya, mereka akan keluar selepas solat Isyak sekitar jam 9 malam tetapi kedai ditutup jam 10, ini akan menyukarkan orang ramai,

“Maka, dalam mesyuarat khas hari ini, kami bersetuju supaya restoran dan semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam berkuatkuasa segera,

“Jika mereka boleh mula esok, maka esoklah,” katanya dalam sidang media khas mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply