Home Semasa 28 kilang Top Glove diarah tutup secara berperingkat

28 kilang Top Glove diarah tutup secara berperingkat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kerajaan mengarahkan 28 kilang sarung tangan Top Glove di Klang, Selangor ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan proses kuarantin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan kilang tersebut dibuat ekoran pemakluman dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjelaskan bahawa terdapat peningkatan ketara kes positif COVID-19 di kalangan pekerja kilang tersebut.

“Saya difahamkan hari ini saja, terdapat 1,067 kes positif COVID-19 didapati dikalangan pekerja kilang Top Glove ini,

“Sehingga 23 November 2020 KKM telah melaksanakan 5,794 saringan dan sebanyak 1,889 kes positif COVID-19 telah direkodkan,

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, Sidang Khas hari ini bersetuju supaya 28 kilang Top Glove ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan menjalani proses kuarantin,

Beliau menjelaskan, pelaksanaan ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat Top Glove Malaysia. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply