Home SemasaGlobal Filipina terima sistem peluru berpandu US$18 juta dari Amerika Syarikat

Filipina terima sistem peluru berpandu US$18 juta dari Amerika Syarikat

by M.Daim

MANILA, 23 Nov – Kerajaan Filipina hari ini menerima sejumlah sistem persenjataan bernilai US$18 juta dari Amerika Syarikat.

Penyerahan dilakukan oleh Ketua Penasihat Keselamatan AS, Robert C. O’ Brien kepada Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr.

Menurut Robert, sistem persenjataan tersebut telah didermakan mengikut pakej yang diluluskan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Pakej ini merangkumi 100 unit peluru berpandu anti armor TOW2A dan 12 unit sistem panduan ITAS (Improved Target Acquisition System).

Selain itu, Manila turut menerima 24 unit bom Mk82 berserta sistem panduan laser DMLGB (Dual Mode Laser Guided Bomb).

Dalam majlis penyerahana yang dilakukan di Pejabat Kementerian Luar Filipina, hari ini.

“Penyerahan ini menunjukkan hubungan baik dan kukuh antara Amerika-Filipina,

“Kami berharap persenjataan ini dapat membantu usaha Angkatan Tentera Filipina menentang kegiatan pengganas di Mindanao,” kata Robert semasa majlis penyerahan.

Setiausaha Luar Negara Filipina, Teodoro Locsin Jr memeriksa sistem ITAS yang didermakan oleh Amerika Syarikat. Foto: Jabatan Luar Negara Filipina

Sementara itu, Teodoro merakamkan penghargaan kepada AS untuk menderma sejumlah persenjataan kepada Filipina.

“Sistem persenjataan yang diterima akan mempertingkatkan keupayaan Filipina untuk mengempur ancaman negara,

“Ini terutamanya dalam menghadapi ancaman pengganas,” kata Teodoro.

Beliau menambah, Donald Trump sentiasa menyokong Filipina dalam usaha untuk menentang ancaman dari dalam dan luar negara kepulauan republik itu.

Penyerahan ini juga adalah hasil perbincangan antara presiden kedua-dua negara melalui panggilan telefon. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply