Home SemasaGlobal Manila terima banyak bantuan ketenteraan dari Trump – Duta Filipina ke AS

Manila terima banyak bantuan ketenteraan dari Trump – Duta Filipina ke AS

by M.Daim

MANILA, 7 Nov – Duta Filipina ke Amerika Syarikat, Jose Manuel Romualde mendedahkan negaranya telah mendapat banyak bantuan ketenteraan luar biasa daripada Donald Trump.

“Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan presiden dari parti Republican lebih bersifat konservatif dan mahu melihat negara seperti Filipina mempunyai keupayaan untuk mempertahankan diri,

“Kami telah memohon bantuan dari AS untuk memodenkan pasukan tentera Filipina dan apa yang diberikan adalah lebih banyak daripada kebiasaan,

“Sekiranya Trump dapat menjadi presiden sekali lagi, Filipina mempunyai lebih banyak peluang untuk maju ke hadapan,” kata Romualde.

Beliau menambah, jumlah bantuan diterima adalah lebih banyak daripada biasa dalam tempoh 15 tahun kerjasama pertahanan dengan AS.

“Ini menunjukkan bahawa kami lebih selesa jika AS mempunyai Presiden dari parti Republican,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Romualde tidak menolak hubungan baik antara Manila-Washington semasa AS dibawah pemerintahan seorang presiden dari Parti Demokrat.

“Kami mempunyai pengalaman untuk berunding dengan presiden AS dari parti Demokrat dan hubungan kedua-dua negara sentiasa berada di tahap yang baik,” jelasnya lagi.

Pada ketika ini, Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat sedang proses pengiraan undi. Keputusan terkini menyaksikan Presiden AS, Trump diambang kekalahan apabila beliau ketinggalan di belakang pesaingnya, Joe Biden dari parti Demokrat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply