Home SemasaPKPB seluruh Semenanjung Malaysia kecuali 3 negeri

PKPB seluruh Semenanjung Malaysia kecuali 3 negeri

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan di hampir semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia selama sebulan mulai 9 November ini.

Perintah terbaharu itu melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Sementara itu, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir akan dilanjutkan serentak dengan arahan terbaharu itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan keputusan itu diambil berikutan peningkatan ketara bilangan kes jangkitan COVID-19 di negeri-negeri terbabit.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti disamping untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri-negeri ini,” katanya.

Sehingga kini, Kelantan, Perlis, Pahang dan Sarawak merupakan negeri yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). –  airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply