Home Politik Maszle Malik tidak lagi bersama PEJUANG

Maszle Malik tidak lagi bersama PEJUANG

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengumumkan penarikan diri dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Maszlee berkata demikian bagi menjelaskan keadaan terkini mengenai pelbagai persoalan timbul setelah kenyataan media dari PEJUANG keluar tanpa namanya semalam.

“Saya, Dr Maszlee bin Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan ini mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti PEJUANG,

“Saya ingin menumpahkan sepenuhnya usaha membantu rakyat yang terksesan dengan COVID-19, khususnya di Simpang Renggam dan umumnya di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas.

“Serta melalui ruang aktivisme dan kerja-kerja kemanusiaan melalui rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain,

“Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan,” ujarnya.

Menurutnya, keputusan ini dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak.

“Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis,

“Rakyat mahukan politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,” tegasnya.

Semalam, satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PEJUANG mengenai kandungan Belanjawan 2021 akan diteliti dahulu sebelum keputusan untuk memberi sokongan dibuat.

Namun menjadi pelbagai persoalan apabila kenyataan itu tidak ada nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Dr Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply