Home Politik Husam Musa bukan lagi Naib Presiden AMANAH

Husam Musa bukan lagi Naib Presiden AMANAH

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengesahkan Datuk Husam Musa telah meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden parti itu.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berkata mesyuarat bulanan Jawatankuasa Nasional AMANAH pada 6 September lepas telah meluluskan permohonan Husam.

“Permohonan perletakan jawatan ini adalah untuk membolehkan beliau memberi tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk AMANAH di Kelantan, khasnya di Parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai,

“Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, jawatankuasa nasional AMANAH telah mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada tiga biro AMANAH dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya.

Menurutnya, tiga biro itu adalah Biro Pilihanraya, Komunikasi dan Strategi. Kertas cadangan berhubung peranan baharu sedang disediakan untuk persetujuannya.

“Apa jua gambaran bahawa beliau (Husam) meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan Presiden (Mohamad Sabu) atau mana-mana pimpinan AMANAH adalah tidak berasas,

“Sebaliknya ianya dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan AMANAH di Kelantan, khususnya di Kota Bharu,” ujar Khalid. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply