Home Semasa 182 kes: COVID-19 tertinggi dalam tempoh 3 bulan

182 kes: COVID-19 tertinggi dalam tempoh 3 bulan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Angka kes jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat secara mendadak pada hari ini dengan sebanyak 182 kes baharu direkodkan dalam tempoh masa 24 jam.

Angka tersebut merupakan yang kedua tertinggi selepas rekod 277 kes dalam masa sehari pada 4 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 181 kes penularan tempatan dan 1 kes import dilaporkan pada hari ini.

“Satu kes import dilaporkan di Selangor dengan melibatkan seorang warganegara Filipina,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes penularan tempatan pula melibatkan kes jangkitan baharu yang dikesan dari ketiga-tiga kluster aktif di negara ini.

“Di Kedah, sebanyak 14 kes direkodkan dengan 11 dari kluster Sungai manakala 3 lagi dari Kluster Telaga,

“Kluster Benteng Lahad Datu (LD) pula mencatatkan 167 kes dengan 91 daripadanya adalah bukan dari kalangan warganegara,” ujarnya.

Beliau menjelaskan kesemua kes terbaharu dari Kluster Benteng LD telah adalah dari Tawau, Sabah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menyatakan seramai 14 orang pesakit telah dibenarkan pulang pada hari ini tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Sehingga kini, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 9,810 kes jangkitan dengan 9,181 daripadanya pulih. Bilangan kes kematian adalah kekal pada angka 128.

Related Articles

Leave a Reply