Home Politik PRK Slim: Kemenangan Mohd Zaidi bukti rakyat masih yakin kepada BN

PRK Slim: Kemenangan Mohd Zaidi bukti rakyat masih yakin kepada BN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam membuktikan keyakinan rakyat pada parti itu serta dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini berkata, kemenangan itu juga membuktikan parti Bersatu, UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional mampu mewujudkan kesepakatan yang jitu untuk meraih sokongan padu pengundi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada calon BN Mohd Zaidi yang telah memenagi PRK Slim dengan majoriti yang besar,

“Saya berharap Zaidi akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dengan cemerlang,” katanya.

Semalam, Mohd Zaidi menang selesa dengan majoriti 10,945 undi apabila memperoleh 13,060 undi menewaskan dua pencabarnya dari bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, (2,115 undi) dan S. Santharasekaran, (276 undi) yang turut hilang wang deposit. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply