Home SemasaGlobal Ayam beku import dikesan mengandungi virus COVID-19

Ayam beku import dikesan mengandungi virus COVID-19

by M.Daim

SHANGHAI, 13 Ogos – Pihak kerajaan China hari ini telah mengesan ayam diimport negara itu mengandungi virus COVID-19.

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Shenzhen, virus tersebut dikesan pada sampel sayap ayam beku yang diimport dari Brazil.

“Sampel diambil pada 11 Ogos lalu dari sebuah rangkaian bekalan makanan sejuk beku,” kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa tempatan turut menyatakan ujian saringan turut dijalankan pada pekerja dan pelanggan yang terdedah dengan produk itu.

China sebelum ini melaporkan berlaku pencemaran pada produk daging dan makanan laut yang diimport.

Semenjak pertengahan Jun, Beijing telah melakukan saringan wajib terhadap semua produk tersebut yang masuk melalui pelabuhan utama.

Selain itu, China turut mengantung import produk daging dari beberapa buah negara sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan wabak COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply