if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Penghadang lutsinar ‘norma baharu’ kekang penularan COVID-19 dalam Dewan Rakyat

Penghadang lutsinar ‘norma baharu’ kekang penularan COVID-19 dalam Dewan Rakyat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Penghadang lutsinar dan peraturan pemakaian pelitup muka secara wajib antara langkah baharu diperkenalkan dalam Dewan Rakyat bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pemasangan penghadang lutsinar ini adalah bersifat sementara.

“Pemasangan ini bertujuan bagi mewujudkan jarak pemisah untuk mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19,

“Penghadang perlu ditarik semasa duduk untuk memastikan jarak pemisah dan tiada kontak antara ahli Yang Berhormat,” kata Azalina ketika Sidang Dewan Rakyat bermula.

Beliau menambah, hanya sebahagian sahaja penghadang lutsinar berjaya dipasang dalam tempoh yang singkat.

“Dijangkakan semua Ahli Parlimen akan duduk di dalam Blok Utama Dewan Rakyat pada minggu hadapan selepas semua penghadang siap dipasang,” ujarnya.

Beberapa orang Ahli Parlimen turut berkongsikan gambar penghadang lutsinar yang telah dipasang di akaun media sosial masing-masing.

Pada masa yang sama, Azalina turut mengingatkan semua Ahli Parlimen perlu memakai pelitup muka (face mask) sepanjang masa.

“Saya memohon perhatian semua ahli Yang Berhormat bahawa pemakaian pelitup muka (face mask) adalah diwajibkan pada setiap masa di dalam dewan dan hanya dibuka sekiranya hendak berucap,” tambahnya.

Sesi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Rakyat bermula dengan penyusunan semula tempat duduk Ahli Parlimen bagi mematuhi prosedur penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak COVID-19. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply