Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM cekup 3 tekong, seludup 6 PATI

ATM cekup 3 tekong, seludup 6 PATI

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 3 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan tekong darat warga tempatan dan 2 orang tekong laut warga Indonesia yang menjalankan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Ketiga-tiga tekong itu ditahan bersama 6 PATI warga Indonesia dalam 2 siri tangkapan berasingan di Persisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor, semalam.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, tangkapan tersebut telah dibuat oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) yang melakukan rondaan di sektor Operasi Benteng (Op Benteng) kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) pada 10.30 malam tadi.

“Kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menangkap 6 orang PATI warganegara Indonesia yang dipercayai sedang menunggu bot untuk keluar dari Malaysia bersama seorang Tekong Darat warga tempatan di Persisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor,

“Hasil maklumat dari tangkapan tersebut, Kumpulan QRF seramai 5 orang telah menyusup bersama sekumpulan PATI bagi merapati kedudukan sebuah bot yang datang merapat ke pesisir pantai untuk mengambil PATI,

“Kumpulan QRF telah berjaya menangkap 2 orang Tekong Laut warga Indonesia bersama sebuah bot berkapasiti satu enjin Yamaha 200 HP yang dipercayai untuk membawa PATI balik ke Indonesia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua tangkapan merupakan lelaki dewasa berumur di antara 25 hingga 52 tahun.

“Turut dirampas adalah 7 buah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM 2,404 dan mata wang Indonesia 4 Juta Rupiah, sebuah Bot berserta Enjin Yamaha 200 HP menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 147,344,

“Maklumat turut disalurkan ke Bilik Gerakan National Task Force (NTF) di KD Sultan Ismail (KDSI) untuk pemantauan lanjut di perairan kerana disyaki terdapat bot dari Indonesia akan masuk ekoran kejadian air pasang besar,

“Pasukan meneruskan kawalan keselamatan di persisiran pantai dan kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19,” tambah kenyataan itu. -airtimes.my

Geleri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply